Rabu, 23 November 2011

BATAS-BATAS AURAT MENURUT ISLAM .







.

Salamullah ‘alikum warahmatullah wa barakatuh……,Segala puji-pujian terhadap ALLAH S.W.T ,Tuhan yang punya ‘alam semesta ini.Selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita,Nabi Muhammad S.A.W,Nabi yang ummi,yang tidak tahu akan bacaan(membaca) serta segala tulisan(menulis),tetapi adalah insan yang cukup mulia,cukup lebih pintar dan mempunyai kefahaman yang cukup mendalam serta dapat membaca akan sagala isi hati dan perasaan manusia melebihi akan akan orang-orang yang tahu membaca dan menulis.Serta cucuran rahmat-NYA,ke atas keluarga Bagnda S.A.W dan Para Sahabatnya yang tercinta.dan tidak lupa juga kepada para ‘alim ‘ulamak yang berjasa dalam meneruskan dakwah yang ditinggalkan oleh Nabi S.A.W……….Amin…..
Saya yang jahil lagi faqir dalam igama ini ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang cetek ini kepada kita semua terutama bagi saya yang faqir lagi jahil ini dan sekeluarga.




BATAS-BATAS AURAT DALAM ISLAM

Sebelum kita terus membincangkan tentang sesuatu fesyen atau bentuk pamakaian pakaian dalam islam oleh lelaki mahupun perempuan,marilah sama-sama kita memahami terlebih dahulu akan kedudukan serta batas-batas aurat lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang telah ditetapkan oleh syariat islam
Dengan inilah baru dapat kita memahami akan segala bentuk dan fesyen pakaian di dalam islam dan barulah boleh kita merangkakan bagaimana ingin melahirkan pakaian yang di tuntut dalam islam.
Pengertian aurat menurut bahasa adalah keaiban.Manakala menurut pandangan atau pengertian syarak ialah "Bahagian-bahagian tertentu yang ada pada badan manusia yang wajib ditutupi daripada pandangan orang yang diharamkan untuk melihatnya(bukan mahram)".
Perbezaan batas-batas aurat bagi seseorang ialah kerana hubungan keturunan dan kerana tali ikatan akibat perkahwinan,seperti mertua,menantu,ipar duai dan sebagainya serta kerana penyusuan..






AURAT-AURAT KETIKA BERSENDIRIAN Para alim ulama mazhab telahpun mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza bagi aurat ketika bersendirian,baik lelaki mahupun perempuan.
Bagi Imam Hanafi dan Imam Hambali,mereka berpendapat bahawa aurat ketika bersendirian adalah sebagaimana yang telah di larang terhadap seorang yang mukallaf(orang yang telah dituntut untuk beramal dengan suruhan dan meninggalkan segala bentuk larangan) daripada mendedahkan auratnya dihadapan orang yang diharamkan untuk melihatnya.Makanya dengan itu jualah di larang kepada kita supaya jangan mendedahkan aurat ketika bersendirian sekalipun.Kecuali apabila kita berada di dalam keadaan dharurat atau di dalam keadaan terpaksa membukanya.seperti mana yang kita semua sedia maklum tentang keadaan ketika kita sedang qodho hajat atau ketika sedang mandi.Maka apabila ketika sedang kita di dalam keadaan yang dharurat,bolehlah kita membukanya.
Manakala sementara bagi pendapat dan pandangan Imam Maliki dan Imam Shafie,aurat ketika kita sedang bersendirian adalah tidak diharamkan mendedahkan auratnya bahkan hanyalah makhruh sahaja kecuali pada ketika kita sedang di dalam keadaan yang dharurat.Makanya apabila kita sedang di dalam keadaan dharurat,diharuskan kepada kita untuk membukanya.

BATAS-BATAS AURAT KAUM LELAKI
Di dalam hadis riwayat Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Abu Daud,dan Imam At-Turmuzi dinyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telahpun bersabda yang maksudnya:
"Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lainnya,demikian jugalah wanita juga tidak boleh melihat aurat wanita yang lainnya juga.tidak boleh 2 orang lelaki berada(tidur) di dalam 1 selimut,demikian jugalah bagi wanita dilarang berbuat yang demikiannya".
Para alim ulama’ mazhab mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan yang cukup berbeza-beza mengenai had serta batas-batas aurat lelaki.Sama ada melihat atau di lihat oleh orang lainnya.



 Bagi pendapat dan pandangan hukum Imam Hanafi dan Imam Hambali "lelaki diwajibkan untuk menutupi auratnya di antara pusat hinggalah melebihi paras lutut daripada dilihat oleh lelaki atau wanita yang bukan mahramnya kecualilah kepada isterinya.Isteri boleh(harus) melihat aurat suaminya,kecuali pada kemaluannya dan demikian jugalah bagi suami kepada isterinya.Ini adalah kerana hukum suami isteri melihat kemaluan masing-masing adalah makhruh hukumnya.
Manakala bagi pendapat dan pandangan hukum menurut Imam Maliki dan Imam Shafie; "Aurat kaum lelaki ada 2 keadaan.(1).Auratnya dengan sesama lelaki dan wanita yang mahram dengannya.(2).Auratnya dengan wanita yang bukan mahram dengannya.Keadaannya dengan golongan yang pertama,iaitu dengan lelaki dan wanita yang mahram dengannya adalah di antara atas pusat hinggalah melebihi paras lutut sahaja.Manakala dengan golongan yang ke 2,iaitu sesama dengan wanita yang bukan mahram dengannya adalah seluruh badannya itu aurat bagi mereka.Ertinya di sini adalah seluruh tubuhnya adalah dilarang untuk di lihat oleh kaum wanita yang bukan mahramnya.Kecuali bagi Imam Maliki yang membolehkan hujung-hujung aurat lelaki boleh di lihat oleh wanita yang bukan mahramnya apabila aman daripada fitnah.Sementara Imam Syafie mengharamkan melihat dengan mata"(Rujuk kepada kitab Al-Fiqh ‘Ala Al-Mazahib Al-Arba’ah).


 Sumber : Situs nur's




Tidak ada komentar:

Posting Komentar